Tidak Sukar Mencari Jodoh Terbaik

Assalammualaikom...
Dah Lama juga cik ayue tak mengupadte blog nie kann..
Tapi tak pe hari nie cik ayue nak mengupdate blog cik ayue nie..
Memberi entry yang rasanya berguna untuk korang sume ..
Rasanya korang pun dah tahu kan apa entry yang cik ayue nak kongsi bersama korang kan..
Entrynya bertajuk "TIDAK SUKAR MENCARI JODOH"
Harap-harap korang sume suka la ye..
Hehehehe..
Selamat menambahkan ilmu dada ye korang .. ^_^


Jodoh seperti rezeki,ia telah ditentukan..Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah..Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha..
Carilah jodoh yang baik..
Carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga..

Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita dan lelaki yang soleh dan solehah sama seperti mencari gagak putih..Ungkapan ini ada kebenarannya,terutama kita yang hidup di akhir zaman ini..

Para alim ulama telah memberi dua cara dalam mencari jodoh..
Pertama : Jadilah orang yang baik InsyaAllah kita akan mendapat jodoh yang baik..
Kedua ; Ikutlah pilihan orang yang baik,orang yang baik akan memilih yang baik untuk menjadi pasangan hidup kita..
Kedua-dua cara ini boleh dijalankan serentak..
Maksudnya jika kita berusaha menjadi orang yang baik.insyaAllah,Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik..Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik..

Namun jodoh itu urusan Allah..Sudah dicatat di alam rahim lagi..
Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami..
Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik..Cuma sekali sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat..
Seperi Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiah yang bersuamikan Firaun laknatulla..
Hikmahnya mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjat orang yang baik ketahap yang lebih tinggi..

Jika takdirnya pahit untuk kita,terima sebagai ubat..
Katalah kita sudah berusaha menjadi orang yang baik..

Janji Allah 
Bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik..







sukew klik la button like

1 NakBerkongsiCeritaBersamaCikAyue:

Juriah Mohd Noor berkata...

seronoknya sembang dengan cik ayue,urusan jodoh sudah tertulis dalam qada' Allah namun kita manusia mesti berusaha ikhtiar dalam kehidupan. rakan2 yg menghadapi masaalah sebegini, saya mencadangkan untuk berjumpa seorang pengamal perubatan yang mengatasi masaalah jodoh ini secara Islamik, berdasarkan ayat2 Al-Quran. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar ni guru agama. bertugas di sekolah agama Daerah Pontian, Perawakannya pun sederhana. Sepanjang pengetahuan beserta saudara mara & sahabat handai menemui beliau nampaknya belum pernah perubatannya mengguna kemenyan atau benda2 kotor. Alamatnya : kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya teruja melihat rakan kita dapat rakam beberapa foto perubatan beliau dalam :
http://my.opera.com/saharaaban/albums/
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH