Berakhir Januari Di Tahun 2012

Assalammualaikom..
Semoga kita di dalam Rahmat Nya ..
Hari nie 31.01.2012 berakhir suda bulan januari pada tahun 2012 nie..
Semoga esok dan seterusnya kita di beri kesempatan untuk terus bernafas lagi di muka bumi Allah ini..

Esok masuklah bulan yang ke dua iaitu bulan FEBUARI di dalam tahun 2012 ini..
Semoga bulan ini lagi baik berbanding di bulan sebelumnya.. ;)
Amin..

sukew klik la button like

Sinopsis Hafalan Shalat Delisa

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa didalam rahmatNya ..
Okeylah hari nie cik ayue nak cerita tentang "Hafalan Shalat Delisa".
Cerita yang sangat menarik dan boleh membuat air mata kita jatuh sangat menyentuh hati..


Kat sini cik ayue akan cerita kan lah serba sedikit ye..

Sinopsis:
Delisa adalah watak utama dalam cerita ini..Seorang kanak-kanak berusia 5tahun..Seorang kanak-kanak yang petah bercakap dan bijak berfikir..Delisa telah dijanjikan oleh ummi nya dengan sekalung rantai sekiranya berjaya habis membaca hafalan di dalam shalat..Delisa bersungguh menghafal bacaan di dalam shalat nya dan ketika Delisa sedang menjalani ujian hafalan shalat nya tiba-tiba bencana yang tak di duga telah terjadi..Tsunami datang dan membawa semua orang yang Delisa sayang iaitu Kak fatimah,Kak Zahara,Kak Aisyah dan Ummi nya juga..Yang tinggal hanyalah Delisa dan Abi nya..

Namun begitu Delisa sangat kuat  mengharungi hidup dan terus semangat menghafal hafalan shalat nya..
Di waktu ahli keluarganya yang lain tiada lagi di sisinya..
Tiada lagi hadiah kalung yang di janjikan.. Ditambah pula dengan kecacatatn kaki kanan nya..


Macam mane agaknye kalau kita lalui detik itu kehilangan keluarga yang kita sayang..
Tanpa sempat meminta maaf?
tanpa sempat mengucapkan kita sayang sama mereka dan saling berpelukan buat kali terakhir?
Pasti sangat menyakitkan..
Tetapi Delisa tidak begitu dia sangat tabah mengharungi semua nya walaupun dia masih kanak-kanak dan sangat matang berfikir..

Babak yang sangat menyentuh hati cik ayue bila tengok cerita ini adalah ketika Delisa pergi ke kubur dan bertanya pada Abinya;

Delisa: Yang mana satu kubur kak Fatimah Abi?
Abi; Abi tidak tahu yang mana satu kuburnya ..Mereka mengkuburkan semuanya disini..
Delisa: Kalau banyak begitu mesti kak Fatimah,Kak,Zahra,Kak Aisyah tidak kesepian disana..
Abi: hanya mampu tersenyum..
Delisa; Mereka disana ramai..Delisa disini sendirian hanya ditemani Abi..

Nampakkan kematangan Delisa.. 

Semoga cik ayue mampu sematang dan sekuat Delisa untuk mengharungi segala ujian yang Allah telah berikan pada cik ayue di dunia ini..






sukew klik la button like

Tidak Sukar Mencari Jodoh Terbaik

Assalammualaikom...
Dah Lama juga cik ayue tak mengupadte blog nie kann..
Tapi tak pe hari nie cik ayue nak mengupdate blog cik ayue nie..
Memberi entry yang rasanya berguna untuk korang sume ..
Rasanya korang pun dah tahu kan apa entry yang cik ayue nak kongsi bersama korang kan..
Entrynya bertajuk "TIDAK SUKAR MENCARI JODOH"
Harap-harap korang sume suka la ye..
Hehehehe..
Selamat menambahkan ilmu dada ye korang .. ^_^


Jodoh seperti rezeki,ia telah ditentukan..Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah..Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha..
Carilah jodoh yang baik..
Carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga..

Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita dan lelaki yang soleh dan solehah sama seperti mencari gagak putih..Ungkapan ini ada kebenarannya,terutama kita yang hidup di akhir zaman ini..

Para alim ulama telah memberi dua cara dalam mencari jodoh..
Pertama : Jadilah orang yang baik InsyaAllah kita akan mendapat jodoh yang baik..
Kedua ; Ikutlah pilihan orang yang baik,orang yang baik akan memilih yang baik untuk menjadi pasangan hidup kita..
Kedua-dua cara ini boleh dijalankan serentak..
Maksudnya jika kita berusaha menjadi orang yang baik.insyaAllah,Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik..Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik..

Namun jodoh itu urusan Allah..Sudah dicatat di alam rahim lagi..
Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami..
Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik..Cuma sekali sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat..
Seperi Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiah yang bersuamikan Firaun laknatulla..
Hikmahnya mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjat orang yang baik ketahap yang lebih tinggi..

Jika takdirnya pahit untuk kita,terima sebagai ubat..
Katalah kita sudah berusaha menjadi orang yang baik..

Janji Allah 
Bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik..







sukew klik la button like

Gambar Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee

Assalammualaikom..
Aie.. Tahniah di ucapkan pada Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee..
Hari nie cik ayue nak tunjukkan gambar pernikahan Ally iskandar dan pasangannya NurFarahin Romli berusia 23 tahun atau di kenali sebagai Farah Lee..
Majlis diadakan di Masjid Kristal Kuala Terengganu pada pagi jumaat..
Pasangan ini di nikah kan oleh jurunikah Kampung Atas Tol,Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar kira-kira pukul 10 pagi tadi..
Pihak Ally iskandar memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran dan di balas sembilan dulang bagi pihak Farah Lee..











Selamat Pengantin Baru buat Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ...

sukew klik la button like

Izwan Pilus Meninggal Dunia 20.01.2012

Assalammualaikom..
Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Khairil Izwan Pilus atau dikenali sebagai Izwan Pilus 32 tahun..
Telah pergi ke rahmahtullah pada jam 6.15 petang pada 20.01.2012..
kerana penyakit jangkitan kuman dalam darah..
Penyanyi Izwan Pilus merupakan abang kepada Aril af ..
Al fatihah buat keluarga Allahyarham Izwan Pilus..
Semoga roh nya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..
Amin..





Al Fatihah

sukew klik la button like

Mati Itu Pasti

Setiap yang hidup ini pasti akan mati..
Begitu juga diri kita...
Mati itu pasti cuma kita tak tahu saat dan waktunya saja bila kita akan dipanggil..
Mati itu tak mengira usia muda dan tua bila sampai waktunya..
Mati itu satu kepastian kepada semua umat manusia tak mengira apa pun bangsa kita agama kita apa pangkat kita di dunia ini..
Tiada kesempatan untuk kita melakukan apa pun di saat ia datang untuk menjemput tak kira apa pun kita tengah lakukan di saat itu..
Kerana..
Mati Itu Pasti 






sukew klik la button like

Nada Cinta Last Episode Yang Ke_ 244 (Sinopsis)

Aie korang sume...
korang mesty tengok sinetron Nada Cinta kan ..
Sekarang nie pon baru jeq episode puluh-puluh kan nak tunggu episode yang ke -244 nie punye lah lama lagi..
Cik ayue pon tahu korang mesty tak sabar nak tahu macam mane agaknya ending story Nada Cinta nie..
Okeylah kat sini cik ayue akan story lah serba sedikit tentang ending sinetron nie..

Sebelum itu Nada Cinta nie bukanlah mengisahkan tentang kisah cinta nada Tetapi mengisahkan tentang Nada dan Cinta iaitu kembar..

Terlebih dahulu kita kenal kan dulu para pelakonnya ..


Pelakon:
Mikha Tembayong sebagai Nada atau cinta 
Randy pangalia sebagai Ricky
Donny Micheal sebagai Alex
Dewi Sandra sebagai Rina
Luna Maya sebagai Susan (Ibu Martin)
Primus Yustistio sebagai Erwin (Kawan Rina dan Faris,suami Nia)
Dicky wahyudi sebagai Faris (Suami Rina)
Olla Ramlan sebagai Nia (Ibu Rasty dan isteri Erwin)
Michella Puteri sebagai Rasti Adik tiri Nada (Kekasih Alex,Anak Faris dan Nia)
Kieran Sidhu sebagai Jerry
Aditya Firmansyah sebagai Vito
Irene Justine sebagai Flora
Arjun Prawira sebagai Marwin
Fadly sebagai Doktor Alvin
Bayu Septi Virguna sebagai Kak Arga
Louise Anastasia sebagai Kak Rianti
Ricky Djauhari sebagai Martin
Dewi Siska

Sinopsis Akhir Nada Cinta :

Nada Cinta ini adalah kisah tentang kembar yang bernama Nada dan Cinta lakonan (Mikha Tambayong) melakokan dua watak serentak..Cinta dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih lagi hidup dan berada dalam hilang ingatan..
Cinta dulu dikatakan telah meninggal dunia telah ditukarkan jenazah dengan mayat orang lain.. 
Dalam episode 200 lebih nanti Cinta berpasangan dengan Marvin..Cinta akan dibantu oleh Marvin untuk memulihkan semula ingatan Cinta manakala Nada mengalami kemalangan buruk dan telah koma selama 5tahun..Kemudian ricky telah pergi ke London selama 5tahun dia kena penjara sebab dianggap terrosist..

Nada dan Ricky bertemu kembali lagu serta cinta sejati mereka telah mempertemukan cinta mereka semula.. (So sweet) ;)

Vito lakonan (Aditya Firmansyah) watak yang menyukai Nada dan selalu membantu nada bila Nada dalam kesusahan..Vito nie pun ada menyimpan perasaan pada Nada..Ricky nie pon macam memendam rasa je dulu pada Nada tetapi tidak meluahkan perasaan dia pada Nada..Vito akhirnya tahu bahawa Ricky dan Nada ada perasaan cinta di antara satu sama lain..

Tetapi nanti Vito akan berkahwin dengan Flora lakonan Irene Justine ... (Jangan Risau ea hehehe)

Dekat episode last nanti dua watak antagonis nie nanti akan berubah menjadi baik dan bergabung dengan kumpulan Ricky And The Geng dan Rasty menjadi kekasih kepada Alex..Rasty mula menjadi baik pada Nada..Rasty mula sayang pada kakak nya Nada dialah yang menjaga Nada ketika Nada dalam koma..

Susan pula ada anak bernama Martin tetapi Martin nie tidak mengaku yang Susan nie adalah Ibunya..
Walaupun pada mulanya Susan nie jahat dia jadi begitu sebab nak biayai perubatan ayahnya dan akhirnya nanti Susan akan berubah menjadi baik ..

Tapi tak drama lah kalau sume menjadi baik kan ada.. Tetap dikekalkan seorang watak seperti nenek sihir hehehe.. Tak lain dan tak bukan ada lah Nia (Ibu Rasty) ... Nada selalu disakiti oleh Nia yang jahat..
Erwin dan Nia akan bersama untuk menculik Rina .. (Mesty korang terkejutkan kenapa Erwin berkomplot dengan si Nia nie tak sangka plak Erwin akan berubah menjadi jahat)

Kalau korang nak tahu Rasty nie bukanlah anak Faris dan Nia  tetapi anak Erwin dan Nia..

Mesty korang nak tahu kan ending dia apy tak.. Mesty la apy ending lor...
;)
Pengarah menunjukan gambar-gambar semua pelakon dengan pasangan masing-masing..


Ricky dan Nada berkahwin dan dikurniakan dua orang kembar


Cinta berkawin bersama dengan Marwin 


Yang ini pulak Rasty dan Alex bersama anak mereka
(Besar dah anak diaorang)


Vito pulak bersama dengan Flora


Siska bersama dengan Bagas..
(Cantik n Cute Siska nie ekh)


Okeylah kesimpulannya cerita nie berakhir dengan apy ending la kan ;)




sukew klik la button like

Membina Bahagia..Apakah Itu Bahagia??...

Assalammualaikom...


Bahagia itu terlalu maknawi .. Sukar untuk diterjemahkan dan diungkapkan .. Hanya jiwa yang tenang merasai kehadirannya .. Maka kebahagiaan boleh diterjemahkan sebagai ketenangan .. Ketenangan itu boleh dirasai kerana letaknya di hati .. Hanya hati yang tenang menghadapi segala-galanya dalam kehidupan .. Ujian hidup dihadapi dengan penuh ketenangan .. Jika nikmat itu datang hati yang tenang bersyukur .. Dan jika musibah yang datang hati yang tenang sabar .. 
Itulah ketenangan hati ..
Rasa tenang di hati hanya boleh dicapai dengan mengingati Allah..

Bahagia itu bukan realitifdan subjektif sifatnya ..
Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak yang perlu dicapai oleh setiap insan ..
Mujur dan syukur ..
Perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagian .. 
Ingat kebahagian bukan hanya dipangkal jalan bukan juga di hujung jalan ..
Tetapi ia adalah disepanjang jalan ..
Kata hukma '(bijak pandai)
"Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia" 



sukew klik la button like

Bercintalah Kerana Allah

Assalammualaikom...



Mencintai dan mengagumi pasangan adalah fitrah orang bercinta.. Manusia sering terpegun dan terpesona dengan kecantikkan lahiriah dan zahiriah orang yang dicintai .. Namun begitu, jarang sekali merasa terpegun dan kagum kepada Maha pencipta.. 
Sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula .. Mukadimah banyak menentukan natijah, Untuk mengekalkan cinta sampai ke akhirnya (syurga) ia mesti diperkukuhkan dari pangkalnya ..
Untuk mengekalkan cinta kita mesti mencintai Pemilik Cinta .. Hanya yang Maha Kekal mampu menjadikan cinta sesama pasangan kekal selamanya .. 
Hanya Allah dan cinta-Nya sahaja yang kekal,kukuh dan abadi .. Maka cintailah Allah yang Maha kekal kerana sebarang cinta diasaskan atas cinta ini, insyaAllah cinta itu akan kekal selama-lamanya ..
Memang benar cinta  itu buta ..Tapi cinta sejati itu celik mata hati ..
Cintailah Allah kerana inilah cinta 'Kelas pertama'



sukew klik la button like

Thank You


Aie u ollllsss sume...
Tetiba malam nie cik ayue rasa cam nak say Thank You kat SomeOne...
Nak jiwang2 lah ckit nak flower2 ckit hehehe tak pe kan tapi kalau u olllsss tak sukew tak payah like pon tak pe cik ayue tak kisah p kalau u ollllsss nie sume sukew bley la baca n like ok...
Hehehehe...

Buat Kamu Yang Sentiasa Membuat Hari2 Cik Ayue Menjadi ceria..
Terima Kasih ..
Sayang..
Sebab sudi mendengar luahan aty saya..
Terima kasih..
Sayang..
Sebab banyak memberi dorongan dan sokongan pada saya selama nie..
Terima kasih ..
Sayang..
Sebab tak pernah jemu dan bersabar dengan sikap saya selama nie..
Terima Kasih..
Sayang..
Di atas segala nasihat yang awak berikan pada saya..
Terima Kasih..
Sayang..
Di atas segala budi baik serta pengorbanan awak pada saya selama nie..
Terima kasih..
Sayang..
Di atas segala ucapan I love u kamu pada saya setiap hari..
Terima Kasih..
Sayang..
Kerana sudi menerima diri ini dengan seadanya..
Terima Kasih..
Sayang..


Terima kasih diatas segalanya..




  






sukew klik la button like

IndahNye


Indahkan ciptaan Yang Maha Esa ...
Setiap keindahan yang diciptanya itu sangat indah,luas dan cantik ..
Sume yang dijadikan OlehNya itu tersangatlah indah ..
Bersyukur kita kerana dapat menikmati keindahan yang Dia berikan ..
Jagalah keindahan yang diberikan itu debgan baik..
Tetapi kamu jangan pula alpa dengan keindahan yang Dia berikan sehingga kamu alpa tentang tanggungjawab kamu sebagai HambaNya dimuka bumi ini ..
Ingatlah kita disni hanya lah sementara sehingga Dia menjemput kita untuk bertemu denganNya ..
Di saat itu keindahan yang diberikan telah hilang hanya yang tinggal adalah kegelapan yang sering menemani disetiap waktu dan detik tiada lagi keindahan kecantikkan serta kekayaan yang akan menemani mu kelak...







sukew klik la button like

Selamat Datang :)

Selamat Datang..
Aie sayang ku sume.. maaf la nie blog cik ayue yg bawu yg lama ue ada masalah sedikit tak tahu la nape tetiba aje dia berubah setting pening kepala cik ayue mencari puncanyanye nak tak nak kena lah buat yang baru juga..
Harap2 u olll nie sume sukew la blog yg nie..
Dlu bckground chocolate n strawberry skq cik ayue ubah yg lain la ye p owner nye tetap sama au walaupun ia ada perubahan..
Hope u oll sume setia follow blog bawu cik ayue nie tau...

Sekian... :)
sukew klik la button like

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH