Membina Bahagia..Apakah Itu Bahagia??...

Assalammualaikom...


Bahagia itu terlalu maknawi .. Sukar untuk diterjemahkan dan diungkapkan .. Hanya jiwa yang tenang merasai kehadirannya .. Maka kebahagiaan boleh diterjemahkan sebagai ketenangan .. Ketenangan itu boleh dirasai kerana letaknya di hati .. Hanya hati yang tenang menghadapi segala-galanya dalam kehidupan .. Ujian hidup dihadapi dengan penuh ketenangan .. Jika nikmat itu datang hati yang tenang bersyukur .. Dan jika musibah yang datang hati yang tenang sabar .. 
Itulah ketenangan hati ..
Rasa tenang di hati hanya boleh dicapai dengan mengingati Allah..

Bahagia itu bukan realitifdan subjektif sifatnya ..
Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak yang perlu dicapai oleh setiap insan ..
Mujur dan syukur ..
Perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagian .. 
Ingat kebahagian bukan hanya dipangkal jalan bukan juga di hujung jalan ..
Tetapi ia adalah disepanjang jalan ..
Kata hukma '(bijak pandai)
"Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia" 



sukew klik la button like

0 NakBerkongsiCeritaBersamaCikAyue:

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH