APA PUN TERJADI

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya..

Dalam kehidupan ini tak salahkan kita mengalah..
Tak rugi apa pun kalau kita mengalah dalam apa jua masalah..
Tak kisahlah masalah antara kita dengan BF/GF atau dengan family kita pun..
Cik ayue selalu ingat apa yang ibu cik ayue selalu pesan pada cik ayue..
"Kalau kita mengalah kita tak rugi apa-apa mungkin nanti ada hikmahnya yang kita dapat nanti"
Itulah pesan ibu cik ayue pada cik ayue sampai sekarang dan sampai bila-bila pun cik ayue akan pegang kata ibu cik ayue tue..

Dan apa pun orang lakukan pada kita biarlah..
Biar orang buat kita tetapi jangan kita buat orang sesakit mana pun hati kita dan sekecewa mana pun hati kita pada orang itu janganlah kita membalasnya..
Sebabnya bila kita membalasnya kita tak akan dapat apa-apa..
Biarlah Allah saja yang membalas segala perbuatannya..
Ingatlah setiap yang terjadi ada hikmahnya dan setiap yang berlaku ada sebab musababnya..
Janganlah berputus dengan kehidupan ini..
Percayalah pada diri..

Ingatlah sayangku sekalian..
Allah sentiasa bersama kita
Allah telah menetapkan jalan kehidupan kita dari kita di dalam rahim ibu kita sehinggalah kita meningalkan dunia yang fana ini nanti..




sukew klik la button like

SERONOK BILA ADA ORANG CAKAP

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya..

Aie..
Awak semua macam mana dengan hari nie ok tak??
Bila awak semua tengok tajuk entry nie tak habis kan tajuknye..
Hehehehe..Sebenarnya cik ayue memang saja tak nak tulis habis tajuk entry nie..


Apa yang "Seronok Bila Ada Orang Cakap" 
Yang kita macam umur 17 tahun walhal umur kita nie sudah pun menjangkau 20 lebih dan sudah boleh menjadi mama budak dah pun kan kalau sudah berkahwin ..

Cik ayue seronok bila ada orang cakap yang cik ayue macam budak umur 17 tahun sebab apa tau nampak lah yang cik ayue nie masih muda n awet muda hahahaha (awet muda ke)..
Bila cik ayue keluar berdua dengan adik cik ayue orang akan bertanya pada cik ayue mana satu kakak dan mana satu adik..
cik ayue mesti cakap macam nie
 "Cubalah teka yang mana satu kakak dan mana satu adik..
Dan orang tue mesti cakap yang adik cik ayue tue kakak dan cik ayue adik hehehehe saat tue terasa gembira sangat..

Awak semua nak tahu tak kenapa orang akan cakap cik ayue macam budak umur 17 tahun  dan cakap cik ayue nie adik dan adik cik ayue tue kakak salah satu sebabnye adalah:
1.Cik ayue nie tak cukup tinggi sangat baru 150cm berbanding adik cik ayue tinggi cikit lah pada cik ayue..
2.Badan cik ayue nie kecik sangat berbanding adik cik ayue yang besar dan berisi cikit pada cik ayue..

Tapi..
Cik ayue tak kisah pun dengan semua tue dan tak kisah pun apa orang sekeliling nie cakap sebabnya cik ayue 
bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan pada cik ayue sekarang..





sukew klik la button like

BELAJARLAH DARI KESILAPAN

Assalammualaikom semua..
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Nya..

Cewahhhh.. 
Tajuk entry 'BELAJAR DARI KESILAPAN'..
Adatlah tue kan setiap manusia di muka bumi Allah nie mesti ada buat kesilapan kan..
Sama jugalah macam cik ayue,cik ayue pun manusia biasa juga memang tak lari dari membuat kesilapan..
Korang pun ada jugakan??
(Jangan tak mengaku pulak yek kalau kowang kata tak ada tipu lah tue tak baik tau tipu2)
Hehehehehe...

Setiap manusia nie mesti ada pernah membuat kesilapan tak kira lah apa pun kesilapan yang pernah korang buat besar ke kecil ke kan.. 
Kalau dah buat silap tue belajar dari kesilapan tak salah kan kerana apa tau kesilapan yang kita lakukan akan mengingatkan kita supaya jangan lakukan lagi apa yang kita telah buat tue..
Janganlah pulak kita dah buat silap kita ulang balik kesilapan yang kita pernah buat tue..
Itu bukan BELAJAR DARI KESILAPAN tetapi nak cari nahas tau..

So.. kita hidup ini apa pun yang kita lakukan,lakukanlah dengan keikhlasan ..
Dan apa pun kesilapan yang kita telah lakukan ingat jangan ulangi lagi..

P/S; Entry nie untuk mengingat diri cik ayue dan korang juga tak salah kan kita ingat mengingati dan menasihati antara satu sama lain ;)


sukew klik la button like

C.I.N.T.A

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Nya..

Cik ayue nak berkongsi entry tentang CINTA..
CINTA sesama manusia ..
Itu dah perkara normal tapi ia tak kekal selamanya kerana CINTA manusia,manusia akan mati..
CINTA pada PenciptaNya..
Itu adalah kewajipan pada setiap umat manusia di muka bumi ini dan ia adalah  CINTA yang kekal abadi..

Setiap manusia memang akan rasa ingin di CINTAI oleh seseorang begitu juga lah dengan cik ayue ..
Tapi cik ayue masih ingat CINTA sesama manusia ini bukan lah CINTA yang kekal selamanya..
Hanya CINTA pada penciptaNya saja CINTA yang kekal buat selamanya..

Tapi kerana CINTA lah kita sebagai manusia nie sanggup melakukan apa saja demi CINTA..
Sakit bercinta sesama manusia nie sangat perit..
Segala perasaan semua ada kecewa,terluka.sakit hati semua ada..

Kadang tue ada segelintarnya sampai berdendam kerana CINTA yang tak kesampaian..
Buat apalah nak berdendam ye tak,tak elok yang lepas biar lah lepas mungkin dia bukan lah jodoh yang terbaik buat diri kita mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelum ini.
Kita tak tahu kan siapa jodoh kita yang sebenarnya..
Walaupun kadang2 tue bercinta bertahun-tahun tup..tup jeq dengan orang lain kita tak tahu ye tak..

Siapa pun jodoh kita..
Terimalah dengan ikhlas ..

Apa yang penting
 CINTA lah seseorang itu dengan kadar sedarhana..
CINTA pada penciptaNya itulah yang paling utama dari segalanya..


sukew klik la button like

Coretan Buat Ayah dan Ibu

Assalammualaikom...
Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Nya..

Coretan ini khas buat Ibu & Ayah yang kami sanjungi dan sayangi hingga akhir hayat kami..

Encik Abd Ghaffar Bin Uyob
Dan
Puan Siti Ziton Binti A Rahman

Buat insan yang menjaga ku sedari diriku kecil hingga lah diriku dewasa..
begitu banyak pengorbanan kalian kepada diri ku dan adik ku..

Terima Kasih ibu kerana membawa ku selama sembilan bulan di dalam rahim mu..
Terima Kasih ibu dan ayah diatas segala kasih dan sayang mu kepada diri ku..
Terima Kasih ibu dan ayah kerana sanggup bergolak gadai berkorban demi anak-anakmu..
Demi melihat anak-anakmu berjaya di dalam kehidupan...

Apabila diri ku mahukan sesuatu di luar kemampuan mu kau pujuk diriku dengan lembut berharap aku dapat bersabar untuk mendapatkannya..
Dikala diriku dalam kesakitan engkau pergi membawa diriku ke klinik supya diriku sembuh ..
Dikala diriku menangis ketika sedang mengalami masalah kau sentiasa memberi nasihat kepada diriku supaya bersabar dan kuat menghadapi masalah dunia ini..

Terima Kasih ibu dan ayah 
kerana ibu dan ayah diriku dapat mengenali siapa itu pencipta alam ini dan pesuruhNya
Kerana ibu dan ayah diriku dapat kesempurnaan di dalam kehidupan ini..
Kerana ibu dan ayah lah aku dapat terus bernyawa di muka bumi ini menikmati keindahan dunia Allah s.w.t

Terima Kasih ibu dan ayah
Kerana begitu besar pengorbanan mu kepada anak-anakmu..
Jasamu tak mungkin dapat ku balas dengan emas dan permata..
Hanya doa tulus ikhlas dapat diriku sampaikan untuk kalian berdua..
Semoga kalian sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat nanti..

Terima kasih ibu dan ayah
Kerana membesarkan kami berdua..
NOR AYUNI BINTI ABD GHAFFAR
NURUL JALWA BINTI ABD GHAFFAR



Yang tengah-tengah tue anak angkat  ibu cik ayue dia ibu dah jaga dari kecil dah macam anak sendiri ..
Nama dia Syazarina binti Haji Agus Syakir..
Dia memang akan ikut ke mana saja family cik ayue pergi..
Raya pun dia nak ikut family cik ayue juga katanya dapat duit raya banyak kalau adik ikut ibu dengan ayah hehehe budak-budak biasalah..
Yang nie saja yang melekat dekat rumah cik ayue sampai malam nanti bila papa dengan mama dia balik keje baru ambil dia kat rumah cik ayue
(Ibu cik ayue nie dia jaga anak orang)

P/S; Adik beradik cik ayue ada dua orang saja cik ayue just bagitahu aje le..
mane tahu kot2 ada yang terfikir kenapa dua nama saja anak pak cik Ghaffar nie sedangkan dalam gambar ada tiga orang anak..


















sukew klik la button like

Bicara Ku

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Nya..

Perjalanan hidup kita nie bukan lah lama ..
Kita duduk di muka bumi ini pun hanya lah sementara saja..
Dunia ini ibarat pentas lakonan saja yang mana kita adalah pelakonnya bila di akhir ceritanya Dia lah yang menentukannya..
Hidup kita untuk esok hari kita pun tak tahu apa akan terjadi sebab semuanya telah di tentukan Oleh Nya..

Jangan lah kita terlalu leka dengan kehidupan duniawi yang hanya sementara waktu ini..
Kita pun tak tahu sampai mane kita diberi nyawa untuk bernafas di muka bumi Allah s.w.t ini..
Entah esok, entah kan lusa kita akan bertemu dengan pencipta alam ini..

Segalanya adalah pinjaman dari Dia..
Nyawa kita ..
Keluarga kita..
Kawan kita..
Semuanya adalah pinjaman dari Dia..
kerana mereka pun akan pergi untuk menghadap Dia yang Satu..

Bersiapkah kita untuk menghadapi saat semuanya..
Menghadapi saat kematian..
Saat meninggalkan mereka yang kita sayang..

Apakah nasib kita di sana..
Saat kita di hisab..
Tinggal berseorangan di bawah sana..
Yang gelap gelita..

Ya Allah ..
Kau ampunkanlah dosa ke dua ibu bapa ku..
Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil ku..
Hubungkan lah mereka dengan tali mu..
berikanlah mereka kesejahteraan di dunia dan di akhirat..
Hindarilah mereka dari seksa api neraka mu..
Panjangkan usia dan permurahkan rezeki mereka

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunkanlah dosa-dosaku..
Panjangkan umurku dan permurahkan rezeki ku..
Jadikanlah diri ku dan adik ku anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mentaati ke dua ibu bapa ku..

Ya Allah..
Kau ampunkanlah
Dosa-dosa sekalian umat muslimin di muka bumi mu ini yang ada dan yang telah tiada..
Hubungkan lah mereka dengan tali mu..
Hindarilah mereka dari seksa api neraka mu..

Amin..






sukew klik la button like

Ce Cerita Cik Ayue

Assalammualaikom..
Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Nya..

Aie2.hari nie hari pertama di bulan febuari kan.. 
Allhamdullillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas lagi di muka bumi Allah nie...

Apa cerita yek kita untuk hari nie kan..
 ok cik Ayue nak kongsi lah apa pengalaman Cik Ayue untuk hari nie..

Cik Ayue kadang2 pelik tengok sikap segelintir manusia nie..
Yelah walaupun kita adik beradik kandung ke ipar ke dan sewaktu dengannya kan nak minta tolong tue boleh tapi beragak-agaklah sedikitkan...
Wah... masa nak minta tolong bermanis muka berkata bagai gula dihurung semut tapi bila kita dah tolong dia buat muka..Buat muka tue tak kisah lah kan nie sampai nak menjaja cerita pulak..
Aisehhhhh..
Ada kan orang yg macam ue of coz lah ada.. Sebab apa tau dia jadi cam tue antara faktornya..
1.Mybe dia fikir diri dia terlalu pandai ..
2.mybe dia fikir dia tue good2 sangat..
3.Mybe dia fikir yang dia akan dapat segalanya..
4.Sebabnya dia dah selalu hidup senang tak pernah hidup susah
5.Tak nak jatuh standart..

Jatuh standart wahhhhhhhhh.. 
Buat apa lah nak takut jatuh standart, ye tak benda tue pun nanti tak akan kita bawa bila kita masuk ke alam yang kekal ue..
Nie lah manusia kan tak pernah puas dengan apa yg ada..

p/s ;1. Dalam kehidupan ini kalau kita nak senang satu aje jangan kita selalu menyusahkan hidup orang lain dengan beban kita.. 
2.Belajar lah hidup susah dahulu sebab bila kita dah belajar hidup susah kita kan tahu macam mane pahitnya nak maju dalam hidup..
3.Segala yang ada di muka bumi ini bukan lah milik kita tetapi milik Allah s.w.t .. 








sukew klik la button like

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH