Bercintalah Kerana Allah

Assalammualaikom...



Mencintai dan mengagumi pasangan adalah fitrah orang bercinta.. Manusia sering terpegun dan terpesona dengan kecantikkan lahiriah dan zahiriah orang yang dicintai .. Namun begitu, jarang sekali merasa terpegun dan kagum kepada Maha pencipta.. 
Sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula .. Mukadimah banyak menentukan natijah, Untuk mengekalkan cinta sampai ke akhirnya (syurga) ia mesti diperkukuhkan dari pangkalnya ..
Untuk mengekalkan cinta kita mesti mencintai Pemilik Cinta .. Hanya yang Maha Kekal mampu menjadikan cinta sesama pasangan kekal selamanya .. 
Hanya Allah dan cinta-Nya sahaja yang kekal,kukuh dan abadi .. Maka cintailah Allah yang Maha kekal kerana sebarang cinta diasaskan atas cinta ini, insyaAllah cinta itu akan kekal selama-lamanya ..
Memang benar cinta  itu buta ..Tapi cinta sejati itu celik mata hati ..
Cintailah Allah kerana inilah cinta 'Kelas pertama'



sukew klik la button like

0 NakBerkongsiCeritaBersamaCikAyue:

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH