Coretan Buat Ayah dan Ibu

Assalammualaikom...
Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Nya..

Coretan ini khas buat Ibu & Ayah yang kami sanjungi dan sayangi hingga akhir hayat kami..

Encik Abd Ghaffar Bin Uyob
Dan
Puan Siti Ziton Binti A Rahman

Buat insan yang menjaga ku sedari diriku kecil hingga lah diriku dewasa..
begitu banyak pengorbanan kalian kepada diri ku dan adik ku..

Terima Kasih ibu kerana membawa ku selama sembilan bulan di dalam rahim mu..
Terima Kasih ibu dan ayah diatas segala kasih dan sayang mu kepada diri ku..
Terima Kasih ibu dan ayah kerana sanggup bergolak gadai berkorban demi anak-anakmu..
Demi melihat anak-anakmu berjaya di dalam kehidupan...

Apabila diri ku mahukan sesuatu di luar kemampuan mu kau pujuk diriku dengan lembut berharap aku dapat bersabar untuk mendapatkannya..
Dikala diriku dalam kesakitan engkau pergi membawa diriku ke klinik supya diriku sembuh ..
Dikala diriku menangis ketika sedang mengalami masalah kau sentiasa memberi nasihat kepada diriku supaya bersabar dan kuat menghadapi masalah dunia ini..

Terima Kasih ibu dan ayah 
kerana ibu dan ayah diriku dapat mengenali siapa itu pencipta alam ini dan pesuruhNya
Kerana ibu dan ayah diriku dapat kesempurnaan di dalam kehidupan ini..
Kerana ibu dan ayah lah aku dapat terus bernyawa di muka bumi ini menikmati keindahan dunia Allah s.w.t

Terima Kasih ibu dan ayah
Kerana begitu besar pengorbanan mu kepada anak-anakmu..
Jasamu tak mungkin dapat ku balas dengan emas dan permata..
Hanya doa tulus ikhlas dapat diriku sampaikan untuk kalian berdua..
Semoga kalian sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat nanti..

Terima kasih ibu dan ayah
Kerana membesarkan kami berdua..
NOR AYUNI BINTI ABD GHAFFAR
NURUL JALWA BINTI ABD GHAFFAR



Yang tengah-tengah tue anak angkat  ibu cik ayue dia ibu dah jaga dari kecil dah macam anak sendiri ..
Nama dia Syazarina binti Haji Agus Syakir..
Dia memang akan ikut ke mana saja family cik ayue pergi..
Raya pun dia nak ikut family cik ayue juga katanya dapat duit raya banyak kalau adik ikut ibu dengan ayah hehehe budak-budak biasalah..
Yang nie saja yang melekat dekat rumah cik ayue sampai malam nanti bila papa dengan mama dia balik keje baru ambil dia kat rumah cik ayue
(Ibu cik ayue nie dia jaga anak orang)

P/S; Adik beradik cik ayue ada dua orang saja cik ayue just bagitahu aje le..
mane tahu kot2 ada yang terfikir kenapa dua nama saja anak pak cik Ghaffar nie sedangkan dalam gambar ada tiga orang anak..


















sukew klik la button like

0 NakBerkongsiCeritaBersamaCikAyue:

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DI ATAS HAK MILIK AYUE SHAH